Iras Artis KPOP! Rupanya Han Seo Jun True Beauty Diilhamkan Dari 4 Artis Ini!

Drama terbaru dari Korea Selatan berjudul True Beauty yang menampilkan bintang KPOP yang baru saja memenangi anugerah baru-baru ini iaitu Cha Eun Woo dari kumpulan ASTRO mendapat perhatian ramai bukan saja di Korea tetapi juga di pasaran antarabangsa.

True Beauty yang digarap dari ilustrasi webtoon ini turut menampilkan pelakon Moon Ga Young, Park Yoo-na dan Hwang In Yeop. Difahamkan, drama ini bukan saja popular kerana pelakon yang berwajah kacak dan cantik, jalan cerita yang ditampilkan memang sangat dekat dengan anak muda Korea masa kini. Malah, terlalu banyak mesej positif dengan elemen jenaka telah diselitkan bagi menceritakan kisah benar industri kecantikan di Korea.

Hwang In Yeop.

Sudah pun bertemu peminat dengan 6 episod, aktor yang memegang watak Han Seo Jun iaitu Hwang In Yeop mendapat perhatian ramai apabila babak dia menari dengan hanya menggunakan seluar pendek saja menjadi tular dan bikin hati ramai wanita cair. Walaupun ramai peminat setuju watak ini sesuai dengan Hwang In Yeop yang pada asalnya seorang model di Korea, namun imej dan personaliti Han Seo Jun sering menjadi tanda tanya peminat KPOP.

Rapper Gray.


Menerusi ilustrasi asal watak ini, ramai melihat imej yang ditampilkan persis penampilan bintang KPOP. Bagi merungkai persoalan tentang watak tersebut, penulis dan pelukis ilustrasi asal True Beauty iaitu Yaongyi telah mendedahkan rahsia yang mengejutkan ramai pihak.

Hyunbin

Yaongyi, 29, yang juga cantik dan persis watak heroin drama ini iaitu Im Ju Kyung telah mendedahkan bahawa semasa dia melukis watak Han Seo Jun, ada 4 bintang yang dibayangkannya iaitu JB GOT7, GRAY, Zico & Hyunbin. Dari empat nama ini, peminat setia GOT7 melonjak kegembiraan kerana amat bersetuju bahawa illustrasi tersebut memang mirip dengan wajah JB GOT7. Jadi, mereka merasakan mungkin drama ini memberikan impak luar biasa jikalau JB yang melakonkannya. Yelah, JB pun pernah bergelar aktor.

JB Got7


Pun begitu, ada yang merasakan impak juga lain seandainya Zico atau Gray yang melakonkan watak tersebut. Namun, mengenai nama Hyunbin yang didedahkan sebagai inspirasi illustrasi, peminat tertanya-tanya adakah Hyunbin yang dimaksudkan adalah aktor Hyunbin atau model dan bekas peserta PRODUCE 101 yang bergelar model iaitu Kwon Hyun Bin.

Kwon Hyun Bin.


Namun, ramai bersetuju bahawa ia lebih kepada inspirasi Kwon Hyun Bin berbanding Hyunbin. Bagaimana pula dengan anda? Siapakah yang paling mirip dengan watak tersebut?

Zico


Apa sekalipun, peminat memang sangat teruja menantikan drama ini kerana ia berasal dari webtoon paling popular di Korea yang menggunakan judul yang sama. True Beauty mula ditayangkan di saluran TVN pada 9 Disember 2020 setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.50pm waktu Korea. Peminat boleh menonton secara atas talian di VIU dan RAKUTEN VIKI.

Kongsikan artikel ini