Use your ← → (arrow) keys to browse
Melihat raut wajah dan susuk tubuh mereka, pasti ramai menyangka mereka ini adalah adik beradik. Malah wajah dan personaliti mereka mirip dan sama seperti kembar seiras. Bagaimanapun, mereka bertiga bukanlah adik beradik atau mempunyai pertalian persaudaraan.
Sebaliknya mereka bertiga adalah lelaki kacak yang popular di negara masing-masing sebagai model dan pelakon. Apa yang pasti, mereka adalah lelaki Asia yang mempunyai bakat luar biasa bukan bersandarkan paras rupa saja.
Paling istimewa, mereka berlainan usia tetapi mempunyai arah hidup dan kerjaya yang sama. Istimewa untuk anda, KOREA BUZZ kongsikan serba sedikit persamaan mereka yang bukan saja kerana wajah yang sama.