Isu scammer sudah makin teruk. Terkini, seorang peniaga asal Korea menghadapi tekanan emosi apabila dia diganggu panggilan misteri. Walaupun sudah membuat laporan polis, gangguan tersebut terus menghantui dirinya.
Sudah lebih 10 tahun menetap di selatan Malaysia iaitu Johor Bahru, dia yang berketinggian seperti model terkejut kerana perkara sebegini berlaku tanpa diduga. Selama bergelar usahawan restoran Korea di Johor, inilah dugaan yang paling menyeramkan dirinya kerana dia takut kehilangan restoran yang dibangunkannya seorang diri.
Difahamkan, identiti pengganggu itu tidak dapat dikesan keberadaannya oleh pihak polis. Malah, jantina yang mengganggu tersebut juga tidak diketahui. Ada ketika seperti wanita dan ada ketika seperti lelaki. Lebih teruk lagi, pengganggu misteri itu menghantar semua mesej dalam bahasa Korea yang mana dia cuba menjadi orang Korea.
Meneliti susun atur mesej tersebut, ternyata, orang tersebut bukan orang Korea kerana bahasa Korea yang digunakan seperti menggunakan aplikasi terjemahan bahasa. Selain dirinya, teman baik peniaga Korea ini turut menerima ugutan. Malah, mesej-mesej tersebut berbaur cemburu.
Selepas menerima panggilan dan mesej misteri, akaun sosial media termasuk emel ini turut digodam. Ia membuatkan oppa ini semakin risau dan takut. Atas kerana itu, dia tidak tahu untuk buat apa lagi dan semakin fobia. Sebolehnya dia mahu tahu apa sebab ia diganggu dan siapakah individu tersebut?
Masih mencari jalan penyelesaian dan bantuan, orang ramai yang tahu cara diminta membantu mengesan lelaki atau wanita misteri itu. Seandainya anda juga pernah atau tahu pemilik no +4799910901, sila berhati-hati atau kongsikan maklumat. Semoga kuasa viral boleh menyelesaikan isu gangguan ini.