Dek kerana potongan badan seksi seperti gadis berusia lingkungan 20an, doktor gigi berusia 53 tahun menjadi tular kerana foto yang dikongsinya di laman Instagram peribadi. Lee Soo Jin yang tidak menyorok usia sebenarnya telah melakukan pengakuan secara terang bahawa foto-foto yang tular itu telah diambilnya sewaktu dia ke alam menopaus.
“Saya telah merakamkan gambar ini sewaktu saya dah nak masuk ke peringkat menopaus. Sudah tentu saya tidak mengambil sebarang ubat hormon. Saya hanya ingin sampaikan mesej bahawa saya masih lagi boleh lagi cantik dan kuat,” katanya.
Foto yang tersebar itu memaparkan dirinya hanya memakai bikini dengan menunjukkan susuk tubuhnya berserta ketulan otot di perut. Dia difahamkan memiliki badan seperti itu dengan menjalankan senaman.
Warganet Korea terkedu dan tidak menyangka dalam perjalanan ke arah menopaus dan senaman yang tidak henti, Soo Jin masih lagi mampu memiliki badan idaman setiap wanita terutama sekali golongan muda.
Difahamkan Lee Soo Jin merupakan seorang doktor gigi yang bertugas di Seoul National Universiti. Dia dikhabarkan telah menjalani pembedahan plastik di bahagian payudara. Apa sekalipun, penularan foto beliau memberikan inspirasi kepada golongan muda untuk terus sihat walaupun di lewat usia.