Baki Akaun Pernah RM24 saja, Cho Byung Kyu Belum Mewah & Ibu Masih Uruskan Wang Gajinya!

Pelakon kacak, Cho Byung Kyu akui masih lagi menggunakan duit poket yang diterimanya. Pengakuan tersebut dimaklumkan Cho apabila dia muncul dalam program SBS, Kim Young Chul Power FM.

Cho turut memberitahu, dalam hidupnya, dia pernah mempunyai baki duit dalam akaun hanya 6,447 won (RM24) saja.


“Sekarang ini, ibu dan bapa saya yang akan menguruskan duit saya kerana saya jenis yang tidak pandai urus kewangan. Saya akan berikan duit kepada mak dan ayah setiap hari Selasa. Adakalanya lebih berbaloi berikan pada hari Jumaat dan Sabtu.

“Sejak debut, saya ada terima duit tambahan. Sekarang duit poket saya bertambah seding. Ia tambah banyak selepas drama Hot Stove League (2019). Jumlahnya bertambah dari 10,000 won (RM40). Kemudian selepas dikenali, ia menjadi 250,000 won (RM1000),” katanya dengan jujur.

Menyentuh mengenai pengurusan kewangan, Cho sekali lagi mengakui bahawa dia seorang lelaki yang tidak pandai berbelanja.


“Saya memang tidak pandai urus wang. Ye betul, itu duit saya, duit gaji saya tapi saya masih belum mampu hidup mewah. Saya masih lagi perlu minta kebenaran ayah dan ibu kalau saya mahu belanja lebih. Saya juga jenis tidak selalu beli baju sebab saya jarang gunakan semuanya,” ikhlas Cho.


Selain dari Song Kang dan Hwang In Yeop, Cho Byung Kyu juga adalah pelapis baru yang nama menyinar selepas membintangi drama Korea yang konsepnya diambil dari webtoon popular. Mungkin inilah hikmah dan rezeki hero drama Korea webtoon.

Kongsikan artikel ini