Selebriti kacukan Korea, Julien Kang telah menjelaskan secara rasmi kenapa dia berjalan dengan hanya berseluar dalam saja.
Pengakuan tersebut dilaksanakan Julian selepas dijemput sebagai tetamu dalam program popular Di MBC iaitu Radio Star. Menerusi episod yang disiarkan pada 3 Februari lalu, Julian ada memberitahu dia hanya mengenakan seluar dalam saja sewaktu berjalan pada sekitar tahun 2014.
Pada September 2014, Julian kelihatan hanya memakai seluar dalam di sekitar kawan Yeoksam Dong, Gangnam-gu, Seoul. Waktu itu dia telah ditangkap oleh polis sebaik saja pihak berkuasa membuat laporan. Selepas ditangkap, Julien menjalani ujian saringan dadah. Tindakan ini dibuat kerana waktu itu Julien dalam keadaan yang sukar difahami dan diperjelaskan.
Sewaktu ditangkap, Julien didapati berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut dengan tidak memakai apa-apa selain dari seluar dalam lebih kurang jam 3 petang. Selepas disiasat, rupa-rupanya Julien sesat kerana tidak tahu jalan pulang ke rumah selepas mabuk minum bersama kenalan rapat dengan mula menuju pulang ke rumah jam 4 pagi. Hasil ujian dadah menunjukkan bahawa dia bebas dari bahan larangan tersebut.
Sewaktu pengacara Ahn Young Min menunjukkan foto yang dirakam CCTV kepada Julien, reaksi personaliti kacak dan seksi ini sangat tenang. Malah responnya saya mengejutkan.
“Ini adalah hari yang menenangkan. Hari di mana saya telah membazirkan alkohol,” katanya.
Ditanya sama ada dia ingat apa yang berlaku, Julien hanya membalas hanya ingat perkara sebelum dan selepas saja.