Youtuber Korea bernama Cho Doo Pal tular di Korea selepas dia mendedahkan bahawa dirinya sering dipukul oleh teman lelakinya. Malah, dia turut memberitahu segala penderitaan yang dialaminya dari permulaan berkenalan sehingga kini.
Pendedahan tersebut telah dikongsi Cho Doo Pal di laman sosial. Menerusi tulisan tersebut, Cho memberitahu berkenalan dengan teman lelakinya itu adalah perkara terburuk dalam hidupnya.
“Kami ada merancang untuk berkahwin, tinggal bersama dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Tapi sekarang saya hanya perlu meninggalkannya,” ujar Cho.
Bagaimanapun, masa dan kematangan menunjukkan sesuatu padanya. Dia sangat kecewa dengan perangai teman lelaki sehingga hilang kepercayaan. Difahamkan, teman lelaki kerap menipu dirinya dan banyak kali kantoi serta rahsia disembunyikan tanpa pengetahuannya.
“Lagi banyak kami berkelahi, lagi banyak terserlah perangai buruk. Saya tidak suka keganasan. Pengalaman sesuatu kecil mengajar saya segalanya. Saya pernah menggunakan keganasan setiap kali menolak atau mengatakan selamat tinggal,” jelasnya.
Dalam pada itu, menerusi apa yang berlaku ke atas hubungan mereka, Cho pernah menyalahkan diri sendiri. Pun begitu, dia akur teman lelakinya itu mempunyai kehidupan yang teruk.
Sebelum membuat pengakuan panas ini, dia telah menukar status hubungan dengan teman lelakinya ke arah open relationship. Apa yang pasti, warganet Korea berasa simpati dengan kejadian yang berlaku terhadap Cho. Kebanyakannya menasihatkan agar Cho melakukan kisah silam itu dan mulakan hidup baru. Malah, ada juga mengatakan teman lelaki itu adalah yang paling teruk dari yang terburuk.