Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku di hotel lima bintang? Wajarkah hotel mewah ini dedahkan pelanggan sedang berbogel dalam sauna?
Inilah aduan dari seorang pelanggan yang mendapat tahu hotel tersebut tidak pun menutup atau sengaja mendedahkan tetamu hotel berbogel di dalam sauna.
Perkara tersebut dilaporkan berlaku di hotel Grand Chosun Pulau Jeju yang baru saja beroperasi Januari 2021. Menurut aduan yang diterima, beberapa tingkap sauna dan bilik mandi hanya menggunakan dinding cermin atau jarang yang mana orang boleh lihat apa yang berlaku dari luar.
Pelanggan yang menjadi mangsa ini mendapat perhatian ramai selepas mendedahkan pengakuan tersebut di sebulan laman sosial pada 16 Februari 2021. Pengakuan tersebut tertulis “Badan telanjang saya terdedah di sauna hotel lima bintang di Jeju.”
Menerusi pengakuan tersebut, mangsa tersebut telah menggunakan kolam renang dan fasiliti sauna di Hotel tersebut. Selepas menggunakannya, baru dia tahu bahawa orang luar boleh lihat dan tengok apa yang berlaku dalam sauna kerana dinding jarang yang hanya menggunakan cermin atau kaca. Malah, mangsa juga telah membuat aduan kepada pihak hotel.
Bagaimanapun, selepas membuat aduan kepada pihak hotel, mangsa menjadi marah kerana pihak hotel langsung tidak memohon maaf. Malah, pengurus hotel itu difahamkan tiada di hotel kerana bercuti sempena tahun baru Cina. Lebih mengecewakan, aduan yang mendapat perhatian warganet ini dianggap pihak hotel sebagai gangguan perniagaan sehingga melaporkan kepada pihak hotel bahawa pelanggan tersebut pengacau keamanan pengurusan hotel.