Aktor kacak yang masih solo, Lee Dong Wook tampil lebih berkarisma seperti orang barat dalam pictorial terbaru majalah Arena di Korea Selatan.
Penampilannya yang lebih ringkas tanpa sarat dengan konsep berat seperti imejnya sebelum ini, Lee Dong Wook kekacakannya lebih terselah.
Malah, ramai wanita tergoda dengan gaya hidung tinggi dan wajah yang tajam. Sementara itu, Lee Dong Wook dikatakan bakal tampil dengan naskah terbaru berjudul Single in Seoul.
Difahamkan, drama ini bergenre komedi romantik dengan mengisahkan kesepian hidup seorang influencer. Lee Dong Wook berperanan sebagai Young Ho iaitu influencer yang sepi dan bertemu dengan Ketua Editor syarikat media bernama Hyun Jin yang dilakonkan oleh Im Soo Jung.