Program Call Center Of Love yang disiarkan TV Chousun pada 5 Mac lalu mendapat perhatian ramai apabila program tersebut menjemput bekas peserta Produce 101.
Byung Hyun Min yang menyanyi dan menari lagu Gondremandre telah memukau penonton dengan vokal dan skill menari yang hebat. Oleh kerana itu, sebaik saja persembahan Hyun Min tamat, Jang Min Ho telah mencabar penyanyi troy Lee Chan Won untuk melakukan aksi yang sama.
Menyahut cabaran tersebut, Lee Chan Won tanpa melengah bangun dan melakukan gerak dan posture yang sama. Dia telah mengangkang kakinya dan secara tiba-tiba seluarnya telah koyak dan didengari ramai.
Lee Chan Won tidak dapat menyembunyikan perasaan malu itu dan segera membuat jaket dan memakainya dibahagian pinggang untu menutup kesan koyak itu.
Sungguhpun malu, Lee Chan Won terpaksa menjalankan tugasan dalam program tersebut dengan menyanyikan sebuah lagu. Ternyata, selepas tamat persembahan tersebut, video persembahannya itu telah tular.
Penularan itu menyebabkan netizen mengelar Lee Chan Won sebagai penyanyi seluar koyak dengan persembahan pentas hebat!.