Pada 8 Mac 2021, PSY telah muat naik video dia menari dengan artis di bawah pengurusannya iaitu Jessi. Video tersebut ditulis dengan tajuk Ini tarian Jessi.
Video berkenaan dirakamkan sempena Jessi yang bakal tampil dengan album baru. Dalam video tersebut, Jessi tidak dapat menahan gelak melihat aksi PSY menari dengan riak wajahnya.
Ramai peminat menunjukkan minat dengan video berkenaan. Disamping itu, ada peminat mengutarakan isu tentang kegagalan PSY. Peminat tersebut mendakwa PSY gagal untuk kekalkan potongan badan.
Lebih terkejut, peminat terus bertanya apa terjadi dengan peha PSY, adakah dia gagal menjaga badannya sekali lagi.
Tambah lagi, ada netizen terkejut melihat PSY masih terus hilang berat badan. Menjawab komen-komen tersebut, PSY menyatakan dia akan cuba menjaganya tapi meminta maaf.
P Nation adalah syarikat pengurus artis milik PSY. Jessi, Hyuna dan Crush antara nama besar di Korea yang berada di bawah bumbung P Nation. Bagi membantu mempromosikan artis, syarikat ini aktif mempromosikannya menggunakan sosial media.