Ketinggian Kembar Tiga Mengejutkan Netizen, Minguk Banyak Mewarisi Susuk Song Il Guk!

Status terbaru kembar tiga yang merupakan anak kepada pelakon Song Ill Guk mengejutkan ramai pihak. Sempena ulangtahun ke 10 Daehan, Minguk dan Manse, mereka telah mengemaskini foto terbaru di laman sosial pada 16 Mac dengan mengejutkan ramai pihak terutama sekali pengikut setia pembesaran anak-anak ini.

Dari kiri: Manse, Minguk dan Daehan


Ternyata, ramai tertarik dengan ketinggian dan penampilan matang mereka bertiga. Malah, Minguk lebih menarik perhatian kerana dia yang sebelum ini tidak kelihatan seperti bapanya tetapi berubah menjadi persis ayahnya.

Bergaya dengan baju hadiah peminat!


Kembar tiga ini dilahirkan pada 2012 dan mula mendapat perhatian apabila munucl dalam program KBS Superman is back pada tahun 2014. Walaupun mereka tidak lagi muncul dalam kaca TV, ramai peminat merindui mereka dengan menghantar pelbagai hadiah seperti pakaian, jangan tangan , kasut dan macam-macam lagi sempena sambutan hari lahir yang ke 10 tahun.

Sewaktu kecil!

Oleh itu, mereka telah bergambar dan memakai pakaian dan hadiah yang diberikan kepada mereka sebagai tanda terima kasih.

Kongsikan artikel ini