Populariti Korea Selatan di Asia Tenggara tidak dapat disangkal lagi. Malah, Indonesia merupakan negara di Asia Tenggara yang paling obses dengan Korea. Memandangkan pademik COVID-19 membuatkan ramai tidak dapat berkunjung ke Korea Selatan, Indonesia telah mewujudkan sebuah negeri yang berkonsepkan Korea selatan dan ia terletak di Pulau Jawa.
Di Pulau tersebut sebuah perkampungan hanok iaitu perkampungan popular di Korea Selatan telah dibina bagi mereka yang merindui untuk berkunjung ke Bukchon Hanok Village di Korea Selatan.
Lokasi ini terlatak di kawasan pelancongan di Taesik Malaya yang mana taman tema berkonsepkan perkampungan Hanok Korea. Inisiatif pembukaan ini bagi membantu masyarakat Indonesia yang terlalu obses dengan Korea Selatan tetapi tidak dapat ke Korea faktor kewangan atau pun kini atas sebab Virus Korona.
Bukan saja perkampungan Hanok, taman tema berkonsepkan negeri Seoul turut sama dibina. Ini membuktikan betapa popular Korea Selatan kerana fenomena Kpop dan drama Korea di Indonesia.
Jika anda mengunjungi tempat tersebut, semua papantanda ditulis dalam tulisan Korea dan sama seperti bandar Seoul yang asli. Difahamkan, tempat ini sudah pun dibuka lima tahun lalu namun ia menjadi tular kini atas sebab kelangsungan hidup masyarakat yang tidak dapat berkunjung ke Korea Selatan.
Selain perkampungan Hanok dan negeri Seoul, tempat ini juga ada bandar Myeondong yang sama seperti gerai tepi jalan di Seoul. Di sana anda boleh melihat ramai orang berbahasa Korea serta pelbagai makanan Korea di jual seperti tteokbokki, jajangmyeon dan kimbap. Apa yang pasti, populariti makanan Korea juga terlalu hebat sehinggakan MC Donald telah mengeluarkan menu burger dengan sos Tteokbokki.
Jadi, kepada yang tidak mampu ke Korea Selatan, anda bolehlah mengunjungi Mini Korea Selatan di Pulau Jawa nanti. Auranya juga dikatakan sama seperti kawasan yang asli.