Use your ← → (arrow) keys to browse
Ramai teruja untuk mencuba makanan asli dari Korea. Namun, ramai juga kecewa dan terkejut apabila kebanyakan makanan Korea harganya sangat mahal apabila ia diimport. Ada juga yang melakukan perbandingan kenapa harganya sangat mahal berbanding di Korea.
Hakikatnya, perkara tersebut terjadi kerana hampir semua makanan Korea menggunakan bahan yang hanya boleh diperoleh di Korea saja. Apa sekalipun, seandainya anda berkunjung ke Korea, terdapat pelbagai menu Korea yang sedap dan sering menjadi pilihan sebagai pembuka selera.
Malah, hampir semua orang bujang memilih menu ini kerana ia bukan saja sedap malah mudah disediakan. Lebih menarik lagi, makanan ini murah dijual di kedai dan harga boleh dibeli sekitar RM10-RM15 saja.
Pun begitu, bagi mereka yang beragama Islam, anda harus lebih berhati-hati kerana tidak semua menu sedap dan ringkas ini halal. Paling menyedihkan, ada juga menu ini asasnya dihasilkan daripada bahan haram seperti daging khinzir.