Bodygating Ganti Blind Date, Netizen Teruja Dengan Apron Badan Sado Serta Menu Dating!

Budaya Blind date atau Sogaeting masih lagi diamalkan oleh orang Korea bagi mereka yang masih lagi belum bertemu pasangan. Namun, trend baru dalam mencari pasangan telah diperkenalkan dan menjadi perhatian netizen. Budaya tersebut dipanggil Bodygating yang mana ia lebih focus kepada pasangan yang kedua-duanya mempunyai potongan badan yang kekar.

Trend baru ini menjadi bualan apabila seorang lelaki dan wanita tampil dalam sebuah video yang digelar Bodygating. Pada 15 April 2021, Saluran Youtube Helchang TV Hellchang telah memuat naik video yang bertajuk Gangguan Bodygating episod 2  yang menampikan seorang pelajar berbadan sado dan seorang lagi pelajar seni badan.

Lelaki tersebut telah tampil dengan hanya memakai seluar pendek dan selipar manakala wanita hanya memakai Bra Sukan dan seluar pendek. Pada pertemuan pertama itu, mereka berdua telah menayangkan badan masing-masing disusuli dengan pengenalan diri.

Selepas sesi berkenalan, penganjur video ini iaitu Helchang TV telah tampil dengan memakai apron berbentuk badan sado dan muncul sebagai pelayan tetamu. Kemunculannya mendapat sorakan dan gelak dari penonton apabila dia membawa menu yang terkandung Protein Shake dan menu yang Zero Kalori.

Apabila wanita tersebut bertanya menu yang biasa dihidangkan, pelayan tersebut telah memberitahu bahawa dada ayam adalah menu utama untuk Bodygating. Selebih menu yang ada merupakan Protein.  

Dalam perbualan tersebut, wanita tersebut turut memaklumkan bahawa dia hanya akan naik dibahagian atas badan. Perkongsian wanita tersebut dibalas lelaki itu dengan mengatakan wanita tersebut boleh menyelesaikan dengan senaman.

Malah, lelaki tersebut menyerlahkan lagi pesona lelaki dengan menunjukkan bentuk badan belakangnya yang berotot sambil berkata dia lebih yakin dengan bahagian belakang badannya itu.

Selepas itu, wanita tersebut telah salin baju dengan memakai T-Shirt dan bersemuka sekali lagi dengan lelaki berkenaan. Sejurus selepas jumpa, wanita tersebut memberitahu pakaian yang ringkas dan sederhana lagi bagus untuk dirinya kerana walaupun dia memakai baju tapi ia masih menampakkan potongan badan yang menarik.


Selepas sesi bodygating itu, mereka berdua perlu memberitahu adakah mereka saling suka menyukai. Namun, jawapan bagi persoalan itu tergantung kerana video itu tidak menonjolkan jawapan untuk persoalan tersebut.

Selain Bodygating yang mendapat perhatian, netizen yang menonton video ini sangsi dan ingin mendapatkan apron yang dipakai pelayan. Menariknya, ada yang komen apron tersebut lebih cantik berbanding seluar.  


Kongsikan artikel ini