Perkongsian terkini dua instafamous yang aktif di Korea, Amirah Sabrina dan Brian mengundang tanda tanya adakah mereka berdua benar-benar sedang menjalani hubungan cinta.
Desas-desus hubungan ini sebenarnya sudah bertiup kencang selepas Brian yang kini sangat akrab dengan Daud Kim serta menunjukkan minat tentang Islam serta berpuasa mempunyai banyak foto dan video bersama Sabrina di laman Instagramnya.
Walau bagaimanapun, Sabrina yang sebelum ini pernah tular di Malaysia kerana dicemburui sering bersama jejaka Kacak Korea mengakui sudah mempunyai kekasih hati asal Korea. Malah, Sabrina yang kini penutut di salah satu universiti di Korea Selatan pernah menjelaskan secara terperinci mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah direstui keluarga.
Pun begitu, kesangsian terus tercetus apabila Sabrina tidak pernah pun memuat naik foto kekasih Koreanya itu di laman instagramnya. Malah, Sabrina lebih banyak menayangkan gambar mesranya bersama Brian di IG yang mengundang kekecewaan segelintir gadis yang menaruh perasaan terhadap Brian yang diiktiraf kacak.
Merisik tentang hubungan mereka, Brian pernah membalas perkongsian artikel di KOREA BUZZ bahawa mereka berdua sekadar kawan saja. Namun, ia seakan tidak logik kerana foto terbaru mereka yang dikemaskini pada tarikh dan lokasi yang sama mencetuskan tanda tanya sekali lagi.
Oleh kerana itu, di harap kedua-dua mereka tampil memberikan status sebenar hubungan mereka kerana caption di IG tidak mencerminkan hubungan jujur sebaliknya foto lebih kuat memberikan jawapan itu. Apa sekalipun, jika benar mereka bersama, diharap Sabrina dapat membimbing Brian yang kini giat menunjukkan minat terhadap Islam.
Kalau dah jodoh tidak ke mana. Namun, kalau betul dia tiada apa-apa hubungan, bolehlah gadis lain yang menaruh harapan terhadap Brian menggunakan peluang tersebut.