Penyanyi dari Korea yang aktif menyanyikan lagu cover dari pelbagai negara mencuri perhatian netizen Malaysia apabila figura ini telah menyanyikan lagu kebangsaan negara, Negaraku dengan nafas baru.
Malah, keharmonian suara antara Hoon dan Jinsoo memang tidak dapat dinafikan lagi sehingga membawa lagu ini ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi. Walaupun ada sebutan pelat untuk beberapa patah perkataan, majoriti yang mendengar lantunan suara mereka amat bangga dan kagum.
Lebih menarik lagi, lagu ini menaikkan lagi semangat patriotik bukan saja bagi kedua figura ini sebaliknya bagi rakyat Malaysia yang mendengarnya. Pelbagai pujian diberikan oleh netizen terutama sekali dari Malaysia.
Sebelum ini, pasangan duo ini turut mendapat perhatian kerana sering mengkritik dan memberikan komen terhadap nyanyai beberapa artis Malaysia yang mendendangkan lagu ibunda mereka. Antara artis yang pernah di komen oleh mereka ialah Sarah Suhairi, Shila Amzah dan yang terbaru Aina Abdul.
Percubaan mereka menyanyikan lagu Negaraku wajar dipuji kerana pendekatan yang dilakukan oleh mereka sedikit sebanyak menaikan nama baik Malaysia. Ia turut membuktikan bahawa muzik asli, tradisional dan patriotik dari Malaysia turut mempunyai tempat di hati dan telinga bangsa Korea.
Anda boleh dengar sendiri lantunan merdu mereka menyanyikan lagu Negaraku cara mereka. Sungguhpun ada yang tidak selesa kerana ini lagu kebangsaan, teguran yang baik dan sopan patut disampaikan bukannya dengan cara mengkritik dengan ayat-ayat yang tidak manis sehingga boleh terguris hati seseorang.