Dapat RM55 Ribu Semalam, COVID-19 Selamatkan Lelaki Ini Dari Terus Jual Diri Sebagai Hoppa!

Gadis bar atau pelayan wanita bukanlah satu perkara yang baru dalam dunia hiburan kelab malam. Malah, pekerjaan ini sememangnya wujud di seluruh dunia termasuklah Korea. Walaubagaimanapun, pekerja sebagai Hoppa mungkin baru bagi orang asing tetapi sebenarnya sudah lama wujud di Korea.

Corak pekerjaan Hoppa sama seperti gadis bar atau pelayan wanita tetapi Hoppa lebih kepada pelayan bar lelaki yang mana terdiri daripada lelaki-lelaki kacak seperti model, artis Kpop dan aktor Korea yang layak bergelar Hoppa.

Hakikatnya, Hoppa merupakan kerja yang biasanya dilakukan lelaki Korea yang tidak mempunyai kerjaya tetap atau pun kecundang sebagai artis K-POP, pelakon Korea dan model. Pun begitu, Hoppa bukanlah kategori pelacur kerana tugasan mereka ada hadnya.

Pengakuan berani

Namun, ada juga yang menggunakan kerjaya sebagai Hoppa ke arah yang salah dan kerjaya yang dianggap mudah ini sering menjadi pilihan lelaki Korea yang sudah penat dengan kerja lain yang mendatangkan tekanan tetapi hasil yang tidak berbaloi.

Kerjaya Hoppa ini menjadi bualan netizen Korea apabila salah seorang bekas Hoppa dengan berani menonjolkan diri dan mengaku pernah berkecimpung dalam dunia ini. Temu bual ini menampilkan lelaki berusia 30 tahun yang kini selesa bergelar Chef.

Situasi di luar Hoppa beratur tunggu pelanggan.


Lelaki yang berkelulusan dalam bidang muzik ini mengakui tidak mendapat pulangan yang lumayan dalam bidang muzik yang diceburinya. Oleh kerana itu, sewaktu berusia 20 tahun dia menjadi Hoppa yang melayakkan dirinya menerima gaji paling tinggi RM55 Ribu semalam dan purata mendapat RM11 Ribu paling minimum untuk satu kali perkhidmatan.

Bekas Hoppa

Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman Chef berkenaan mengakui tidak mahu kembali kerja sebagai Hoppa jika dia kembali di usia 20 tahun. Tanpa berselindung, sebelum selesa bergelar Hoppa dia sebenarnya pernah bekerja sebagai ejen penghantaran.

Dalam pada itu, dia yang kini berkhidmat sebagai Chef memberitahu COVID-19 antara punca dia tidak lagi bergelar Hoppa. Malah, bekerja sebagai Hoppa sebenarnya amat penat kerana perlu berjaga waktu malam melayan pelanggan walaupun pulangan sangat lumayan.

Keadaan Hoppa sebelum dipilih

Dia juga bercerita, kebanyakan pelanggan Hoppa terdiri dari wanita yang berduit dan berumur. Dia juga turut bercerita dirinya terpaksa beratur untuk dipilih pelanggan kerana ramai lelaki banyak mencuba nasib sebagai Hoppa.

Kongsikan artikel ini