Anda Hanya Perlu Jadi Manusia! Pernah Dimaki Caci Israel, Daud Kim Menangis Kerana Palestin!

Walaupun masih lagi dituduh menggunakan kesempatan isu Palestin demi meraih populariti, Kim Jae Han atau kini lebih dikenali dengan nama Islamnya Daud Kim tidak hairan dengan tuduhan tersebut. Malah, dia terlalu risau dengan peperangan yang berlaku di Palestin sehinggakan dia beranikan diri berjuang menyertai protes menentang Israel.

Selain menyertai protes secara dalam talian dan berkumpul bersama rakyat Korea dan bangsa asing di hadapan kedutaan Israel di Korea, Daud juga berani menegur dengan beberapa rakyat Israel tentang isu bebaskan Palestin secara langsung menerusi video bual yang dirakamnya.

Turut tersentuh dengan video dari Heliza Helmi


Ternyata, Daud Kim lebih banyak dicaci, di herdik dan dihina orang Israel. Namun, ia tidak mematahkan semangat Daud Kim untuk berjuang sebagai seorang Islam di Korea. Kesetiaan terhadap Palestin membuatkan dirinya tersentuh dan menangis melihat video-video tentang Palestin yang tular dan dikongsikan masyarakat dunia.

Sambil menonton dan bergenang air mata, Daud Kim juga naik angin dengan pertindasan yang berlaku antara Israel dan Palestin. Pelbagai emosi bermain difikirannya sehinggakan dia mengeluarkan kata-kata yang membuka mata orang ramai.


“Hati saya sangat hancur. Saya tidak rasa ini sebab politik. Saya tidak rasa ini juga sebab agama. Ini semua adalah keperimanusian. Anda tidak perlu jadi orang Palestin. Anda juga tidak perlu jadi Islam untuk sokong Palestin. Anda perlu menjadi manusia. Ini adalah asas yang kita semua bahaskan,” kata Daud Kim.

Dalam pada itu, Daud sedih melihat anak-anak kecil yang cedera dan terkorban di Palestin. Dia juga semakin tidak dapat menahan air mata melihat kanak-kanak yang hilang arah dan keluarga serta tidak sambut hari raya Aidilfitri.


Apa yang pasti, bagi mendekati dan mendalami mesej yang ingin disampaikan, anda hanya perlu menonton video yang disediakan Daud Kim. Semoga inisiatif yang dilaksanakan Daud Kim berjaya membuka mata lebih ramai pihak terutama sekali pengikutnya yang berjuta yang bukan saja di Korea tetapi di seluruh dunia terutama sekali negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia.

Kongsikan artikel ini