Jung Dong Won Mengaku Berkhatan, Jakson Wang Pula Diundi Peminat Tidak Sunat Hakikatnya….

Isu lelaki Korea tidak berkhatan atau sunat sering menjadi perhatian masyarakat dunia terutama sekali lelaki. Kebiasaannya, isu ini dikaitkan apabila lelaki Korea sering mendapat perhatian dunia sehingga ramai lelaki dunia cemburu dengan mereka.

Kupasan demi kupasan telah dibuat. Malah, banyak fakta dan kajian juga telah mengesahkan lelaki Korea sememangnya berkhatan. Malah, sejarah Korea juga telah menjelaskan tentang isu tersebut.

Lebih berani lagi, ramai juga lelaki di Korea dengan berani mengaku di khalayak ramai tentang isu ini. Mereka bersikap terbuka dan berkongsi perkara tersebut di laman youtube tidak kiralah di saluran youtube sendiri atau pun media dari Korea.

Namun, isu berkhatan ini dianggap sensitif dan ada juga menganggap ia sepatutnya dirahsiakan. Atas dasar itu, ada yang terlalu fanatik dengan lelaki Korea membuat pencarian tentang isu ini. Malah, ada juga mengupas dan bertanya di laman sosial siapakah artis Korea atau bintang KPOP yang tidak berkhatan?

Jackson Wang- Photo Album Jackson


Dari laman komuniti tersebut, rata-rata tidak menyebut nama artis tersebut. Mereka lebih mengatakan tentang negara asal artis tersebut. Contoh ada KPOP idol berdarah kacukan Amerika dan Korea, jadi mereka menyangka bintang darah kacukan ini sah tidak berkhatan.

Lebih menarik, ada juga yang tampil memberi penerangan bahawa KPOP Idol yang berasa dari China atau mempunyai darah Cina pastinya tidak bersunat. Oleh itu, satu-satunya nama bintang KPOP yang dikatakan tidak berkhatan adalah ahli GOT7 iaitu Jackson Wang.

Nama dia tertulis kerana dia merupakan antara bintang KPOP asal China yang paling popular. Hakikat kebenaran tersebut tidak pasti kerana tiada sebarang pengakuan atau bukti dari Jackson.

Jung Dong Won


Walaubagaimanapun, pada 4 Ogos 2020, bintang Trot Korea, Jung Dong Won telah mengejutkan ramai pihak yang menonton rancangan TV yang melibatkan dirinya. Dong Won yang masih lagi remaja tetapi popular kerana kecomelan dan bakat nyanyian telah mengaku bahawa dia telah berkhatan.

Pengakuan tersebut dilaksanakan Dong Won apabila dia membahaskan topik bersama dua rakannya yang lain. Malah, Dong Won sendiri menyuruh rakannya yang lebih muda darinya untuk berkhatan. Pengakuan tersebut mengejutkan ramai pihak sehingga ada merasakan pengakuan sebegini sepatutnya tidak wajar ditayangkan.

Bagaimanapun, ada juga yang menganggap ia satu tindakan berani Dong Won. Walaupun masih remaja, dia berani dan tidak sorok sesuatu kebenaran. Apa yang pasti, isu ini sememangnya tidak akan berakhir. Jika ramai lagi tidak pasti atau sangsi, pelbagai isu berkaitan ini telah dikupas dan dibahaskan.

Malah, terdapat fakta juga telah diterangkan dalam alam maya. Sesungguhnya, pembenci KPOP atau industri Korea terutama sekali lelaki Korea menjadikan ini sebagai bahan jenaka dan menjatuhkan ramai lelaki Korea. Apa yang pasti, jangan bertindak dan menuduh melulu tanpa ada fakta dan usul periksa. Nanti malukan diri sendiri.

Kongsikan artikel ini