Saban hari, semakin ramai bakat dari Korea menyinar dalam industri hiburan Hollywood. Terbaru, filem Raya and The Last Dragon menampilkan ramai bakat dari Korea. Ia disusuli dengan filem Minari yang merupakan kombinasi antara pelakon dan pengarah dari Korea untuk mempromosikan Korea ke persada dunia.
Kesinambungan ini menyaksikan lebih ramai bakat berdarah Korea semakin menyinar dan mendapat perhatian ramai produksi di sana. Malah, ada juga mempunyai bakat yang luar biasa. Kejayaan ini menampakkan bahawa virus Korea atau fenomena KPOP dan drama Korea yang tular merata dunia sedikit sebanyak membantu bakat-bakat ini mencipta nama di sana.
Bagaimanapun, ada juga yang cemburu dan sakit hati bakat ini terpilih. Ada juga berpendapat, bakat yang berada di Korea lebih berbisa dan kacak berbanding dengan bakat yang menyinar di Hollywood. Apa sekalipun, istimewa untuk anda, Korea tampilkan bakat baru darah Korea yang terserlah di Hollywood tatkala ini. Malah, mereka ini telah mewujudkan kluster baru yang menyokong karier mereka. Siapakah pilihan anda?