Suami Terjun Kondominium Selepas Tikam Bunuh Isteri!

Lelaki berusia anggaran 40 tahun telah terjun bangunan kondominium yang terletak di wilayah Gyeonggi selepas membunuh isterinya. Menurut laporan dari pihak polis Ilsan pada 9 Jun 2021, lelaki tersebut telah membunuh isterinya pada jam 1.50 petang di kondominium berdekatan Ilsanseo-gu, Goyang.

Selepas menerima laporan tersebut, polis terus bergegas ke tempat kejadian dan terus memecah masuk ke rumah tersebut. Apabila tiba, polis dapati wanita tersebut telah ditikam. Lelaki berkenaan yang berada di tempat kejadian terus melompat dari beranda rumah berkenaan sebaik saja polis tiba.

Foto Hiasan X-Frame


Kedua-duanya telah di bawa ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan kerana mereka sudah mati. Di tempat kejadian, polis menjumpai senjata yang dipercayai digunakan lelaki itu untuk menikam si isteri. Polis masih lagi menyiasat kes tersebut seandainya ada saksi dan hubungan famili terdekat.


Kongsikan artikel ini