Bintang KPOP, Jung Il Hoon Dipenjara 2 Tahun & Denda RM492 Ribu Sebab Hisap Marijuana!

Bekas ahli kumpulan BTOB, Jeong Il Hoon, 27, akhirnya dihukum penjara dua tahun kerana didapati bersalah hisap marijuana beberapa kali.

Pihak mahkamah Wilayah Sentral Seoul menetap hukuman penjara tersebut berserta denda sebanyak RM492 ribu.
Bintang KPOP tersebut didapati telah membeli dan menghisap dadah tersebut pada jangka masa yang lama. Dia juga telah menggunakan kaedah seperti Cryptocurrency untuk mendapatkannya.

Bekas ahli BTOB- Foto Naver

Jung Il Hoon telah ditahan di mahkamah. Dia juga didakwa telah menghantar wang berjumlah 133 juta won untuk 161 organisasi dengan melibat enam orang dari Julai 2016 hingga Januari 2019.

Dia mengaku salah dan memohon maaf dan telah diberikan tempoh percubaan pada April lalu. Pendakwa raya meminta supaya dia dipenjara empat tahu dan didenda sebanyak 133 juta won. Bagaimanapun, Jung membuat rayuan dan mengakui bersalah dan perbuatannya itu mengundang malang pada dirinya.

Turut dikenali sebagai rapper- foto Naver


Jung Il Hoon telah mengundur diri dari kumpulan BTOB sejak Disember 2020.

Kongsikan artikel ini