Netizen Berang, Poster Aplikasi Dating Homo Disiarkan Bebas Merata Di Tengah Bandar

Baru-baru ini, masyarakat Korea meluahkan rasa tidak selesa apabila melihat terlalu banyak  poster pemasaran yang menampilkan lelaki dengan lelaki bercumbu dan menayangkan sebahagian daripada badan untuk aplikasi dating di tengah bandar Seoul.

Pada 26hb bulan lalu, poster untuk aplikasi dating yang didedikasikan untuk minoriti seksual lelaki telah ditampal berhampiran Stesen Hapjeong dan Stesen Hongdae di Mapo-gu, Seoul.

Foto Hiasan Pexel

Poster ini adalah poster yang mengiklankan aplikasi dating untuk minoriti seksual lelaki atau golongan LGBTQ. Poster berkenaan menampikan illustrasi latar belakang merah yang dengan lelaki yang sedang membukan baju, bercumbu antara satu sama lain dan yang lain mendedahkan tubuh badan.

Pengguna Internet menyatakan rasa tidak senang terhadap poster yang mengandungi pendedahan dan tingkah laku sensasi.

“Ia tidak selesa kerana ia ilustrasi dengan niat seksual yang jelas. Saya fikir ia tidak sesuai untuk imej yang dilihat bukan majoriti masyarakat,” kata netizen.

Banyak juga pendapat tidak menyokong seperti, Ia juga adalah iklan yang mana golongan tersebut tidak akan selesa. Malah, ada berpendapat, walaupun foto itu ditukar dari lelaki ke perempuan, ia menimbulkan banyak masalah. Lebih bernas, ada mengatakan, masalah utama iklan ini kerana ia disiarkan di tempat publik bukan ditempat golongan lelaki atau perempuan yang bermasalah.

Sementara itu, difahamkan, aplikasi tersebut merupakan aplikasi dari luar negara yang membolehkan berbual, berjumpa dan bersosial. Ia adalah aplikasi yang paling popular antara golongan minor seksual lelaki.


Kongsikan artikel ini