Drama yang menjadi pilihan ramai peminat drama Korea, Penthouse yang kini baru saja menyiarkan musim ketiga sudah mula jatuh rating. Malah, sambutan dan impak musim ketiga tidak seperti musim pertama dan kedua.
Penthouse 3 yang ditayangkan setiap Jumat di Saluran SBS mempunyai jumlah penonton yang berbeza setiap episode.
Menurut Nielsen Korea, sebuah syarikat penyelidikan penarafan, episod kelima “Penthouse 3,” yang disiarkan pada 2 Julai mendapat purata hanya 16.5% di seluruh negara. Penarafan itu turun daripada 17.1 peratus pada minggu lepas, terendah dalam kalangan tiga musim.
“Penthouse 3” membuat permulaan yang baik dengan 19.5% pada masa siaran pertamanya, tetapi terus menurun dan akhirnya jatuh ke julat 16%. Berdasaran reputasi cemerlang Penthouse yang sering mendapat lebih daripada 20 peratus rating, ia adalah satu pencapaian yang sangat mengecewakan.
Netizen yang mendengar berita itu bertindak balas dengan berasa kesal dan menegaskan perkembangan mengecewakan atas faktor provokatif.
Netizen berkata…
“Mereka sepatutnya menerbitkan sehingga musim dua saja. Mari kita tamatkan dengan cepat,”
“Saya menonton musim 2 bersungguh-sungguh, tetapi saya tidak menonton musim 3,”
“Sekarang ia tidak mempunyai cerita.”
Sementara itu, “Penthouse 3,” yang disiarkan pada 2 Julai berakhir dengan Joo Dantae (Eom Ki-joon), yang membuang badan Oh Yoon-hee, memegang kertas ujian genetik dan kunci logan-ri (Park Eun-seok selamat, dan pelakunya yang menjatuhkan Oh Yoon-hee ke jatuh bawah tebing)
Penthouse 3 ke udara setiap hari Jumaat pada jam 10 malam.