Tak Dengar Kata, Akhirnya Lelaki 40-an Dihukum Sebab Rakam Video Wanita Pakai Skinny Jean!

Lelaki usia lingkungan 40an telah ditangkap atas dakwan merakam video secara haram wanita memakai skinny jean.

Berdasarkan komuniti undang-undang yang disiarkan pada 12 Julai 2021 menerusi hakim Cha Joo Hee dari Mahkamah Wilayah Daejeon, lelaki 40 tahun itu dipenjara kerana menggunakan kamera dan melakukan jenayah lain.

FOTO HIASAN LAB BY PROJECT


Dalam masa yang sama, pihak kerajaan mengenakan 40 jam program terapi jenayah seks dan lima tahu tidak boleh aktif atau bekerja dalam bidang berkaitan kanak-kanak dan kurang orang upaya terhadap pesalah.

Dari Mei 2019 sehingga Mac 2021, lelaki tersebut didapati telah melakukan aktiviti merakam banyak video kaki dan punggung wanita yang memakai skinny jean di Ginkgo-do yang terletak di Junggu, Daejeon.

FOTO HIASAN LAB BY PROJECT


Hasil siasatan mendapati, dia telah secara sembunyi melakukannya sebanyak 104 kali. Jenayah yang dilakukan sangat teruk dengan melebihi 100 jenayah melakukan secara haram merakam badan wanita yang membuka pakaian. Malah, dia tetap melakukan jenayah tersebut walaupun sebelum ini telah diberi amaran.


Kongsikan artikel ini