Aktor China Suami Aktres Korea Kesal Video Skandalnya Tular, Cemar Imej Choo Ja Hyun!

Suami kepada aktres popular Korea, Choo Ja Hyun iaitu Woo Hyo Kwang yang merupakan aktor dari China memohon maaf ke atas dirinya secara terbuka selepas kontroversi skandalnya tular dan menjadi bualan hangat warganet.

Woo Hyo Kwang telah menulis permohonan maaf tersebut dalam bahasa China dengan tertulis, saya menyesal setelah menonton video berkenaan dan tidak tahu meluahkannya dalam bentuk ayat.

Skandal demi skandal.


“Betapa rapat atau baik hubungan anda dengan kawan, saya perlu lebih berhati-hati. Saya tidak tahu kelakuan saya seperti itu boleh menerbitkan pelbagai salah faham. Lebih dari itu, saya telah melukakan hati Ja Hyun, orang yang paling saya sayang dan lindung serta risau dengan orang yang banyak mengambil berat tentang kami.

“Sebagai ayah dan suami, saya akan lebih berhati-hati dengan apa yang saya kata selepas ini dan saya tidak akan buat lagi perkara yang merisaukan anda semua,” katanya.

Menyokong apa yang dikongsikan suaminya, Choo Ja Hyun turut berkongsi di laman sosialnya.

Pasangan dua negara!


“Saya juga telah menegur sikapnya dan dia sedar akan kesilapannya serta tahu balasan yang diterima. Jika anda melihat dengan penuh dalam, kami akan menampilkan sisi yang lebih matang sebagai pasangan,” katanya.

Dalam pada itu, mereka turut mengucapkan ribuan terima kasih buat golongan yang simpati terhadapnya dan akan lebih yakin untuk masa depan.


Kes skandal video ini tercetus apabila video seorang wanita duduk di atas riba Woo Hyo Kwang selepas menaiki kereta tersebar luas di internet. Pasangan ini menjadi popular selepas berkahwin dalam drama popular China dan muncul dalam program SBS iaitu Same Bed, Different Dreams. Sebelum ini, Woo Hyo Kwang juga pernah kontroversi dengan isu skandal.

Kongsikan artikel ini