Pengawal Peribadi Presiden Korea Letak Jawatan Sebab Terlalu Popular!

Pengawal peribadi presiden Korea Moon Jae In hilang kerjayanya kerana apa yang dikecapi beliau selepas tular. Pengakuan tersebut telah dibuat Choi Young Jae sewaktu muncul dalam program SBS berjudul My Little Old Boy yang disiarkan pada 22 Ogos 2021.

Dalam program tersebut, Young Jae bertemu Park, Hwang Chung Won dan Lee Jin Boon yang merupakan personaliti untuk program Steel Force.  

Choi Young Jae


Choi Young Jae adalah bekas pengawal peribadi yang berkelulusan tinggi dari Universiti. Selepas fotonya tular, dia menjadi tajuk utama di Korea berbanding presiden sendiri.


Dia mendapat perhatian sebagai pengawal peribadi kacak dan seksi. Malah, penampilannya juga mendapat perhatian ramai. Pun begitu, populariti yang dikecapi memaksa dia mengundur diri sebagai pengawal peribadi presiden. Ia telah menjadi satu perkara yang tidak selamat bagi kerjanya itu.

Penampilan terbaru


“Sekarang, saya sudah popular dan mereka tidak perlukan khidmat saya lagi. Sebab popularlah saya tidak boleh bekerja sebagai pengawal peribadi lagi,” katanya.

Kongsikan artikel ini