CUPID? Pemanah Emas Olympics 2020 Berjaya Memanah Tepat Pada Hati Ahli Weki Meki!


Wajah pemanah Korea, Kim Je Deok yang memenangi pingat meas di Sukan Olympics Tokyo 2020 bertukar menjadi merah padam selepas bertemu wanita kegemarannya.

Dia dikatakan berjaya mengunakan panahannya itu dengan temu janji bersama artis KPOP kegemarannya iaitu Choi Yoo Jung ahli Weki Meki.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Kim Je Deok dilaman instagramnnya dengan menulis dan memuat naik gambar istimewa dia bersama wanita berkenaan.

Foto dari Instagram Je Deok


“Ia adalah hari yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saya, tetapi ia juga merupakan hari yang hebat bagi saya.  Saya ingin menyatakan bahawa ia adalah hari yang terhormat tanpa melupakan betapa bersyukurnya saya kepada anda. Saya berharap tiga surat itu, Kim Je-deok, akan kekal dalam ingatan rakyat di Korea. Saya cuba yang terbaik untuk menjadi pemain yang boleh mencapai impian dan matlamat serta mencipta impian dan matlamat baharu. Choi Yoojung, fighting! Kim Je-deok, fighting!, ” kata pemanah kacak ini.


“fighting” adalah trademark pemanah ini. Pertemuan itu berlangsung di KBS 2TV’s “Men Who Live Together 2.” Dalam program “The Housekeeping Men 2”, yang disiarkan pada malam 28 Ogos lalu, Kim Je-deok dilihat menerima majlis alu-aluan untuk meraikan pingat emas keduanya. Choi Yoo Jung muncul sebagai tetamu kejutan pada majlis alu-aluan yang diadakan di auditorium sekolah.


Kongsikan artikel ini