Sungguhpun finalis Altitude World Supermodel Malaysia 21/22 (AWSM), Sheik Azwan yang bekerjaya sebagai seorang jurutera hanya meraih tempat kedua, jejaka melayu kacukan ini turut membolot dua anugerah yang menjadi rebutan ramai finalis termasuklah juara AWSM iaitu Justin Ho.
Anugerah tersebut ialah Face Of Anas Abdullah Malaysia yang mana versi Korea telah dimenangi oleh juara AWS Korea iaitu Putra Paul atau nama sebenarnya An Seong Jin. Kemenangan tersebut melayakan dirinya untuk menandatangani kontrak eksklusif bersama pereka fesyen tempatan Dato Sri Anas Abdullah yang bernilai RM200K.
Sesi tandatangan tersebut akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat selepas saja Malaysia membuka pintu untuk negara luar kerana Paul juga dijadualkan akan turun ke Malaysia untuk bersama-sama dengan Sheik bagi mempromosi produk keluaran Anas Abdullah yang terdiri daripada barangan kosmetik, penjagaan kulit, baju dan banyak lagi.
Selain anugerah tersebut, Sheik juga memenangi anugerah Most Rustic Supermodel AWSM yang mana ketegori ini dinilai menerusi rauh wajah yang semulajadi menawan dan kacak. Walaupun pun pemilihan dan kemenengan Sheik membuatkan ramai cemburu, Anas Abdullah menegaskan bahawa pemilihan figura ini bukan saja melibatkan dirinya saja sebaliknya pasukan Anas Abdullah.
Selain Anas, AWSM turut diadili juri dari Korea, Thailand dan Hongkong. Antara juri dari Malaysia adalah Marini Mat Zain, Rashid dan Mazlan Yunos. Manakala juri dari Thailand, Korea dan Vietnam ialah Thanyasa, Aiden Kim dan Lee Won.
Sepanjang pertandingan, Sheik meraih mata sebanyak 53.9% dari juri profesional dan undian peminat. Jumlah tersebut melayakkan dia mendapat tempat kedua. Juara AWSM Malaysia, Justin Ho jauh meninggalkan finalis yang lain dengan memungut mata sebanyak 67%. Apa sekalipun, walaupun Justin Ho sah wakil negara, Sheik juga boleh mewakili Malaysia seandainya juara AWSM tidak menunjukan prestasi yang baik serta menghadapi insiden yang tidak diingini.