Finalis Jadi Rebutan, Jeek & Sheik Dituduh Kacang Lupakan Kulit Sebab Hancurkan Hati Seseorang

Foto Oleh MYS STUDIO

Sebaik saja Altitude World Supermodel Malaysia 21/22 (AWSM) melabuhkan tirai, beberapa agensi pengiklanan dan pengurusan model telah mengintai untuk mengambil beberapa finalis dibawah jagaan syarikat mereka.

Namun, disebalik rebutan tersebut, ada cerita kurang enak tentang naib Johan dan tempat ketiga iaitu Sheik dan Jeeks berkaitan syarikat pengurusan. Walaupun perkara tersebut berlaku sewaku nama mereka berdua belum diumumkan sebagai pemenang, angin bertiup kencang mengatakan pemilik sebuah agensi telah kecewa dengan sikap mereka berdua.

Kekecewaan tersebut dilemparkan terhadap mereka kerana mereka digambarkan sudah lupa diri sebaik saja menyertai AWSM. Malah, kedua-dua pemenang ini didakwa seperti kacang lupakan kulit dan tidak ingat asal usul. Benarkah bagai di kata?

 

Sheik- FOTO MYS STUDIO

Ceritanya terjadi apabila ada pihak mahukan mereka untuk menjadi model rasmi bagi produk dan agensi kelolaanny. Namun, kedua-dua masih main tarik tali dengan tawaran tersebut. Oleh yang demikian, individu tersebut kecewa dan berduka hati serta tidak menyangka perkara berkenaan terjadi walaupun hubungan mereka sebelum ini tidak keruh.

Bagaimanapun, mungkin selepas pengumuman rasmi dibuat, dakwaan tersebut meleset kerana Sheik sebenarnya kini sah bersama Anas Abdullah kerana dia adalah Face Of Anas Malaysia. Namun, Jeeks pula tidak pasti lagi menjadi milik siapa.

Namun, untuk pengetahuan semua, setakat ini, AWSM telah mengesahkan hanya juara saja yang bakal dibimbing dan dikelolakan oleh National Director. Pun begitu, finalis lain juga menunjuk minat untuk bersama-sama juara memandangkan mereka sudah selesa dengan pasukan AWSM.

Jeeks- FOTO MYS STUDIO

Walaupun begitu, keputusan sama ada finalis lain bersama atau tidak masih lagi tidak muktamad. Apa yang pasti, mereka semua sebenarnya banyak menjadi rebutan agensi lain kerana mempunyai bakat dan bimbingan dari pasukan yang hebat dalam AWSM .

 

Nampaknya, Jeeks dan yang lain perlu menjelaskan status mereka dengan cepat supaya tidak ada tuduhan lain yang boleh menjejaskan karier mereka yang baru saja nak bermula sebagai model di Malaysia. Tawaran memang banyak tapi mereka perlu tahu yang mana betul-betul boleh membimbing mereka ke arah kejayaan bukannya dimakan agensi.

Kongsikan artikel ini