Kenapa masih ramai lagi keliru antara Korea Selatan & Korea Utara? Jawapan kerana banyak lagi masyarakat belum kenali lebih dekat tentang Korea. Untuk pengetahuan anda semua, Korea yang selalunya diwartakan media dan banyak penulis adalah untuk Korea Selatan bukan Korea Utara.
Jadi, kebanyakan yang popular tentang Korea masa kini adalah dari Korea Selatan. Namun, bagi memudahkan pembaca Korea Buzz, Korea Selatan sebenarnya sebuah negara yang mempunyai 16 negeri. Negeri yang paling popular sudah pasti Seoul, Busan dan Jeju.
Ini kerana, tiga lokasi ini lebih terkenal di mata antarabangsa sebagai destinasi pelancongan Korea. Apa yang pasti, Korea Selatan mempunyai 16 negeri iaitu Seoul, Gangwon, Incheon, Gyeonggi, Chungbuk, Chungnam, Gyeongbuk, Daejeon, Daegu, Jeonbuk, Ulsan, Gwangju, Gyeongnam, Busan, Jeonnam dan Jeju (Pulau Jeju).
Foto hiasan dari Pixemble: Jejaka dan gadis dari Jejudo
Lebih menarik lagi, ada empat perkataan yang boleh membezakan antara Korea Selatan dan Korea Utara. Empat perkataan yang melambangkan Korea Selatan ialah KPOP, Jambu, Drama & Demokrasi. Manakala empat perkataan yang sesuai untuk Korea utara ialah ganas, Nukluear, Diktator dan Komunis.
Untuk makluman pembaca, Korea memanggil negeri sebagai provinsi atau bahasa Korea Do. Oleh kerana itu, jika mereka menyebut nama negeri pasti belakangnya ada do. Sebagai contoh Jejudo. Bagaimanapun, Seoul tidak dinyatakan sebagai ibu negara tetapi sebaliknya jika di Malaysia, Seoul sama seperti Kuala Lumpur.