Hidup ini memang perit. Semakin hari semakin terdesak dan hidup banyak cabaran. Sebab itulah, setiap individu pasti membuat kerja bukan lebih dari satu kerja malah lebih dari 2 atau 3 kerja.
Terbaru, Korea Buzz mendapat tahu, seorang bekas bintang realiti dari ASTRO yang juga pernah dibawah label KRU kini menjadi tukang urut. Nama figura ini bukanlah popular mana tapi nama dia pernah menjadi perhatian apabila dia tular menyanyi di laman sesawang. Malah, dia juga menjadi popular dan pernah ditulis kisahnya kerana wajahnya ada iras aktor Korea dan Filipina. Namun, dia ini bukanlah dari artis kumpulan KRU sebaliknya artis solo
Tidak sama seperti tukang urut yang lain, figura ini tidak kisah menjaja wajahnya sebagai tukang urut. Dia dikatakan membuat urut secara serius dan berpusat di Shah Alam. Korea Buzz mendapat tahu, urutan dia mendapat sambutan yang baik kerana pakej yang menarik.
Selain dari itu, dia tidak memilih pelanggan yang mana dia tidak kisah mengurut atau merawat pesakit yang berbadan besar.. Tidak seperti tukang urut yang tertentu. Hanya memilih pesakit yang berbadan kecil saja. Jika berbadan besar, harga akan naik mendadak.
Apa sekalipun, salute buat figura ini. Dia tetap mencari rezeki yang halal dengan menjadi tukang urut. Tidak seperti individu yang ada mencari dua senang kerana pernah berkecimpung dalam dunia glamor.
Agak-agaknya anda kenal tak siapa figura yang dimaksudkan ini?