Belanja 200 Ais Krim Untuk Peminat, Bobby Mula Bersara Hari Ini!

Bobby dari iKON telah memulakan khidmat tentera wajibnya hari ini, 4 Jun 2024.

Sehari sebelumnya, Bobby memberikan kejutan manis kepada iKONIC, nama kelab peminat rasmi iKON. Melalui akaun media sosialnya, X, dia menulis,

“Dari 6 pagi hingga 11 malam, saya belanja 200 ais krim untuk iKONIC! Saya akan kembali dengan selamat!”

Bobby, yang telah berkahwin pada tahun 2021 dan kini seorang bapa kepada seorang anak lelaki, dipilih untuk berkhidmat di pasukan simpanan sepenuh masa. Ini kerana dia perlu menyara anaknya, jadi dia mendapat sedikit kelonggaran dalam penempatan.

Dengan semangat yang tinggi dan kasih sayang yang mendalam untuk peminatnya, Bobby pasti akan menjalani tempoh perkhidmatannya dengan baik.

Para iKONIC tentunya akan menanti kepulangannya dengan penuh semangat. Sampai jumpa lagi, Bobby! Semoga anda kembali dengan selamat dan lebih kuat!

 

Kongsikan artikel ini