Wow! 4 Jejaka Hot Sudah Terpilih! Jangan Lepaskan Peluang Ujibakat Manhunt International di KL pada 10 Ogos – Hadiah Misteri Menanti Anda!

Nak jadi wakil Malaysia? Anda perlu lebih dari sekadar rupa dan badan mantap – kena bijak dan ada bakat semulajadi yang boleh memikat juri dan penonton. Selepas ujibakat di Sarawak, Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Penang, Manhunt International Malaysia dah umumkan 4 jejaka hot yang terpilih ke peringkat akhir: Julius Chan (Selangor), Ken Chan (Perak), Vincent Low (Penang), dan Chris Foo (Sarawak).

Tapi jangan risau, peluang masih terbuka untuk anda! Setiap negeri boleh ada satu atau dua wakil. Jadi, kalau anda rasa ada bakat dan nak wakili negeri anda, datanglah ke ujibakat di Kuala Lumpur di MYS STUDIO Puchong pada 10 Ogos ini dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

Boleh walk-in, tapi lebih baik daftar dulu ya di borang yang disediakan di bawah. Manhunt kali ini terbuka kepada lelaki warganegara dengan ketinggian sekurang-kurangnya 170 cm dan berumur antara 18 hingga 35 tahun. Tidak kiralah anda bujang, duda atau pun suami orang, anda layak hadir ujibakat ini. 3 orang juri akan menilai anda – Edward Kong (Manhunt Malaysia 2022), Hyunmin-A (Selebriti Model), dan seorang juri antarabangsa.

Final Manhunt Malaysia akan berlangsung pada 16 September di Geo Resort & Hotel. Nak tengok siapa yang menang? Dapatkan tiket sekarang dengan menghubungi pihak penganjur di laman Facebook atau Instagram Manhunt Malaysia.

Difahamkan, 10 hingga 15 finalis akan terpilih untuk peringkat akhir dan berpeluang untuk mengharumkan nama Malaysia. Pemenang utama Manhunt Malaysia akan bawa nama negara ke Thailand pada 2025. Jadi, apa tunggu lagi? Ini mungkin peluang terakhir anda! Jom sahut cabaran dan sertai ujibakat di KL! Hadiah Misteri menanti anda yang terpilih memenangi pertandingan ini.

Borang MANHUNT KL
Name
Name
First
Last
Address
Address
City
State/Province
Zip/Postal
Country

Maximum file size: 134.22MB

Kongsikan artikel ini