Bekas Perogol, Go Young Wook Dikecam Selepas Kembali Buat Kejutan!

Go Young-wook memang tak tahu malu. Dia baru-baru ni muncul lagi dengan kemaskini yang tak diharapkan oleh sesiapa pun.

Pada 5 Ogos, Go Young-wook buka saluran peribadi dan muat naik video bertajuk ‘Fresh’. Video tu tunjuk pemandangan di luar rumah dia, gambar dia, dan anjing peliharaannya. Dia macam dah jangka kontroversi, jadi dia tutup ruangan komen.

Dalam video tu, Go Young-wook cakap, “Saya hidup dengan malu. Duduk kat rumah asyik mengeluh dan nampaknya saya makin tua dengan teruk, jadi saya cuba lari dari kehidupan yang tak bermaya ni dengan mula saluran ni,” dia jelaskan kenapa dia buat saluran tu.

Lepas berita ni keluar, dia dikecam hebat. Ramai yang cakap, “Macam mana seorang penjenayah seks boleh cuba nak berkomunikasi dengan orang ramai?”, “Patutnya duduk diam je,” “Tak nak tengok muka dia lagi,” “Memang tak tahu malu.”

Sebabnya, Go Young-wook pernah dihukum penjara sebab merogol dan mencabul tiga orang bawah umur dari Julai 2010 hingga Disember 2012. Dia dihukum penjara 2 tahun 6 bulan dan perlu pakai gelang elektronik selama 3 tahun. Dia habiskan hukuman di Penjara Anyang dan Penjara Selatan, dan dibebaskan pada Julai 2015.

Selepas keluar penjara, Go Young-wook cuba berhubung dengan orang ramai lagi. Pada November 2020, dia cakap di akaun dia, “Dah lama masa berlalu sebelum saya dapat menyapa lagi. Hampir 9 tahun saya putus hubungan dengan dunia luar, tapi takkan selamanya saya nak hidup macam ni, jadi sekarang saya nak perlahan-lahan mula berkomunikasi semula. Saya masih banyak kekurangan, tapi saya akan sentiasa bermuhasabah diri dan berusaha jadi orang yang lebih baik.”

Tapi, orang ramai masih tak terima dia. Dia dikecam lagi, dan akhirnya dia tutup akaun yang baru dibuat tu dalam masa dua hari. Dia cuba kembali tapi gagal, dan sekali lagi berundur diri.

Go Young-wook mula bersuara semula pada bulan April lepas, kali ni dengan menyindir bekas rakan sekumpulan, Lee Sang-min. Dia tulis, “Ada orang yang tak lawak dan tak ikhlas cakap dah habis bayar hutang RM245 juta dalam masa 20 tahun. Saya pun tertanya-tanya kenapa hidup saya macam ni, tapi kebanyakan orang sekeliling saya pun dah pergi.”

Lee Sang-min sebelum ni memang umumkan dalam pelbagai program hiburan yang dia dah selesaikan hutang RM245 juta dalam masa 20 tahun, jadi nampaknya Go Young-wook meluahkan rasa cemburu terhadap Lee Sang-min.

Mungkin sebab cemburu tu lah, Go Young-wook cuba sekali lagi berhubung dengan orang ramai. Tapi, dia dah terima nasib sebagai ‘selebriti pertama pakai gelang elektronik’, dan dah pun disisihkan sepenuhnya. Dalam poster ulang tahun ke-30 Roo’ra yang dikeluarkan bulan lepas, langsung tak ada gambar Go Young-wook.

Memang patut pun. Dia tak layak untuk muncul di depan orang ramai, terutama selepas jenayah yang dia buat terhadap bawah umur.

Kongsikan artikel ini