2 Aktor & Model Korea Bakal Menetap di Kuala Lumpur!

Sebelum ini pernah viral seorang aktres Korea memilih untuk menetap di selatan semenanjung iaitu Johor Bahru. Malah, restoran aktres korea ini pernah tular dan mendapat sambutan yang hangat.

Terbaru, pihak Korea Buzz mendapat tahu, 2 aktor dari Korea bakal mengikut jejak langkah aktres ini. Difahamkan, salah seorang dari mereka pernah menjadi model dan berlakon dalam filem tempatan.
Seorang lagi pula bakal menjejakkan kaki di Ibu kota mulai Jun ini.

Kedua-dua actor dan model ini telah mengesahkan hasrat ini menerusi kawan baiknya. Difahamkan kedua-dua mereka sedang mencari agensi dari Malaysia yang boleh menguruskan karier mereka di Malaysia.

Mereka berdua dimaklumkan tiada sebarang ikatan dengan agensi dari Korea. Menariknya, bekas pengurus peribadi Hanbyul antara nama yang menjadi minat kedua-dua jejaka minat untuk dibimbing dan diuruskan.

Ia berikut kejayaan figura ini telah membuatkan ramai juga bakat dari Korea dikenali. Antaranya Hanbyul, Minkyu dan Paul An. Bagaimanapun, pihak figura ini masih belum mengeluarkan sebarang kata putus kerana meraka masih menilai bakat dan kreadibiliti dua pelakon korea ini.

Apa sekalipun, Korea Buzz pasti, salah seorang dari pelakon ini ada kenal dan bakal fasih berbahasa Melayu seperti Hanbyul. Agak-agak anda, patutkah bekas pengurus Hanbyul ambil mereka dan menjadi anak didik seterusnya?

Kongsikan artikel ini