Pernah Bercinta Gadis India, Dong Min Beri Nasihat Wanita Malaysia Yang Ingin BF Korea!

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menariknya, Dong Min tidak menyangka dia dikhabarkan memiliki ciri lelaki Korea kesukaan wanita Malaysia berbanding Lion. Malah, dia sendiri mempunyai persepsi tersendiri terhadap wanita Malaysia setelah menyertai 3NMore musim keempat terbitan BLIMEY.

“Saya tak tahu nak komen apa tentang wanita Malaysia lebih sukakan saya berbanding Lion. Apa yang boleh saya cakap, terima kasih. Pertama kali melihat wanita Malaysia dalam program ini, saya rasa mereka sangat cantik kerana susuh tubuh yang kecil, comel dan mempunyai feature yang jelas.

“Bercinta dengan bangsa asing? Saya pernah menjalinkan hubungan dengan gadis India sewaktu saya berumur 16 tahun. Saya berfikiran terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan wanita antrabangsa.

“Saya nak keluar bersama dengan dia jika saya crush dengan orang tersebut tidak kiralah dia berlainan bangsa dan warganegara. Terus-terang, setelah mengenali lebih dekat peserta wanita dalam program ini, saya rasa wanita Malaysia mempunyai wajah yang kecil, menarik dan sangat jujur,” katanya.

 

Dapatkan penjelasan lanjut dari Dong Min yang membongkar rahsia peserta program ini termasuklah ahli BTS yang bakal masuk ketenteraan Jin yang ramai masih tidak tahu lagi.

 

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse