Gegarkan Dunia dengan KB Podcast! Apply Jadi Hos Bersama Hyunmin-A Sekarang!

Berita sensasi! Korea Buzz bakal melancarkan Korea Buzz Podcast yang pastinya akan menjadi kegilaan ramai! Siap sedia untuk pelbagai topik hangat mengenai Korea yang tak boleh dilepaskan!

Dengan kolaborasi eksklusif bersama MYS Studio, studio rasmi Korea Buzz sejak turun-temurun, KB Podcast akan menjadi pentas epic untuk kembalinya Hyunmin-A sebagai pengacara utama.

Bagi yang belum tahu, sebelum Hyunmin-A terbang ke Korea untuk mengejar impian sebagai bintang KPOP, beliau sudah dikenali sebagai pengacara TV di Malaysia. Antara program popular yang pernah dikendalikannya termasuk Aksi Murai, Apa Kata M?, Propaganza, Al-Kessah, dan banyak lagi.

Dan ini dia yang lebih gempak – Hyunmin-A takkan beraksi solo! Kami sedang mencari co-host untuk bersinar bersama Hyunmin-A! Pembaca setia Korea Buzz, ini peluang anda untuk jadi hos jemputan di KB Podcast!

Dalam podcast ini, anda akan berpeluang berbual dan menemuramah orang Korea yang menetap di Malaysia, termasuk artis dan model Korea yang hot! Episod pertama bakal menampilkan dua pelakon Korea yang pasti memukau hati anda.

Nak jadi co-host? Senang je! Anda mesti petah bercakap, aktif di media sosial, dan kalau boleh cakap Korea, itu bonus besar! Kalau berminat, jangan tunggu lagi, segera isi borang di pautan ini.

Sebelum tu, jangan lupa follow akaun TikTok Korea Buzz untuk menikmati podcast secara live nanti. Jangan lepaskan peluang emas ini untuk bersinar bersama Hyunmin-A di KB Podcast!

KB PODCAST CO-HOST
First
Last
Only lower case letters (a-z) and numbers (0-9) are allowed.
Enter Email
Confirm Email

Maximum file size: 134.22MB

Please attach a .jpg, .png, .gif or .mpg image. By attaching an image to use as your profile picture you assert that you have rights to use the image and it is not illegal, pornographic or violent in any way.

This website will be displayed in your profile information.

Kongsikan artikel ini