Oh, Tidak! Berharap Siti Nurhaliza Tak Baca, Jade Jawab Pasal Dasol Tinggalkan Blimey

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dandanan: Emel Ismail
Busana: Cocos Creations
Foto: MYS STUDIO

Figura Korea Buzz edisi Julai 2022, Jade dari trio  Blimey rasa segan apabila dia disamakan dengan penyanyi tersohor Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin. Namun, Jade yang hatinya sudah dimiliki jejaka kulit putih mengakui amat meminati pelantun lagu Bukan Cinta Biasa.

 

“Oh Tidak! Saya berharap Dato’ Siti tak baca temuramah ini. Sesungguh saya rasa dihargai dan dihormati apabila ada segelintir pihak mengatakan saya mempunyai iras wajahnya. Dalam masa yang sama saya juga risau apabila ada juga akan pandang serong dan mengatakan ia hanyalah angan-angan semata,” katanya.


Berkongsi pengalaman baju tradisional Puteri Perak yang pernah tular selepas Siti Nurhaliza mengenakan sewaktu mengadakan konsert tradisional, Jade mempunyai pandangan tersendiri terhadap busana berkenaan yang pertama kali disarungkannya.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse