Jenama Kasut No 1 Korea Akan Datang Malaysia Raya 2023!

Pembiakan jenama dari Korea semakin berkembang luas. Lihat saja jenama gergasi dari Korea seperti Samsung, Coway, Cuckoo dan banyak lagi. Boleh dikatakan barang buatan Korea ini semakin mendapat tempat dihati pengguna di Malaysia.

Bercakap pasal penjagaan kulit dan kecantikan pula, memang tidak disangkal lagi, lebih 70% wanita Malaysia memilih jenama solekan dan kecantikan dari Korea. Terkini, fesyen dan stail juga jadi ikutan sehingga ramai pereka fesyen tempatan mengolah dan mengubah suai gabungan rekaan dari Malaysia dan Korea.

Menariknya, sempena sambutan aidilfitri 2023, satu jenama kasut nombor satu di Korea akan datang ke Malaysia. Mereka akan berpusat di Kuala Lumpur. Jenama ini menjadi pilihan bukan saja masyarakat Korea, malah ia juga menjadi pilihan ramai selebriti Korea.

Jika disebut nama jenama ini, ramai tidak menyangka ianya berasal dari Korea. Tetapi jenama ini sudah lebih 10 tahun berkembang di Korea dan juga telah menjadi perhatian di pasaran China.

 

Jadi, nantikan kemunculan kasut ini kerana ia membuatkan langkah 2023 anda lebih menarik dan tertawan sempena perayaan 2023. Tunggu…

Kongsikan artikel ini