Misi Mencari Manhunt Diteruskan, Lelaki di KL dan Sekitar Dijemput Hadir 10 Ogos Ini!

Misi pencarian Manhunt International Malaysia 2025 yang berlangsung pada 30 Jun 2024 di dua negeri iaitu Selangor dan Sarawak telah berjaya. Seorang peserta dari Sarawak dan tiga peserta dari Selangor telah terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya. Ujibakat yang dijalankan pada Ahad, 7 Julai, di Pulau Pinang juga telah memilih tiga peserta untuk peringkat berikutnya.

Pencarian ini akan diteruskan pada 27 Julai di Negeri Sembilan dan Melaka untuk mencari jejaka-jejaka yang memenuhi kriteria Manhunt International Malaysia bagi mewakili negara. Pada bulan Ogos, pencarian akan diteruskan di tiga negeri iaitu Sabah, Johor, dan Kuala Lumpur.

Bagi pencarian di Kuala Lumpur, pasukan yang sama dari Selangor akan turut serta mencari calon wakil Malaysia. Namun, kali ini, ia lebih istimewa dengan penyertaan Manhunt Malaysia 2022, Edward Kong, yang akan bergabung dengan Hyunmin-A sebagai juri. Tambahan pula, seorang juri dari luar negara akan turut serta mengadili sesi pencarian di ibu kota. Sebelum ini, kedua-dua figura ini telah menjadi juri yang mana Edward di Penang dan Hyunmin-A di Selangor.

Ciri-ciri yang dicari masih sama, iaitu lelaki berusia antara 18 hingga 35 tahun dengan ketinggian minimum 170sm. Menariknya, ia terbuka kepada pelbagai profesion. Pada pencarian sebelum ini, penganjur menerima calon peserta yang bekerja sebagai doktor, CEO, pelajar, jurulatih peribadi, dan pelakon.

Pencarian Manhunt Kuala Lumpur akan diadakan pada 10 Ogos 2024 bertempat di MYS Studio Puchong. Para peserta dinasihatkan untuk hadir dengan memakai baju berwarna putih dan seluar jeans. Ujibakat ini terbuka untuk walk-in, namun anda dinasihatkan supaya pra-daftar melalui borang yang disediakan. Ini adalah untuk melancarkan proses pendaftaran dan sesi ujibakat nanti.

Sila Isi Borang Ini. Terima Kasih!

Borang MANHUNT KL
Name
Name
First
Last
Address
Address
City
State/Province
Zip/Postal
Country

Maximum file size: 134.22MB

Kongsikan artikel ini