Diserang Fans Misha, Wakil Malaysia Perlu Tepati Masa Kata Paul An Yang Akui Nama Melayu Berikan Trigger !

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse


Figura Korea Buzz edisi Oktober 2021 menampilkan juara Altitude World Supermodel 2021 (AWSM), Paul An yang melakar sejarah baru dunia peragaan di Korea Selatan. Malah, pelajar Universiti tahun akhir ini ternyata berasa lega dan meluahkan rasa yang terbuku sepanjang pertandingan AWSM Korea.



“Secara jujur, kini saya berasa teruja dan santai. Sebelum ini, saya sentiasa berasa agak gementar, ketegangan dan bimbang tentang apa yang saya lakukan semasa pertandingan sedang berlangsung. Tapi sekarang saya merasa sedikit lebih yakin daripada sebelumnya,”ujarnya.

Dalam pada itu, Paul yang kini sangat selesa menggunakan nama Melayu iaitu Putra yang diberikan peminat berkongsi perjalanan beliau dari mula menyertai AWSM sehinggalah bergelar pemenang.

“Saya fikir untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi terutama sekali dalam pertandingan seumpama ini, anda perlu tepat pada masanya dan bertanggungjawab untuk apa yang anda lakukan. Bagi saya, sebenarnya apabila pertandingan bermula saya tidak pernah terlambat untuk jadual yang telah ditetapkan dan menghantar tugasan yang diberikan juri. Satu perkara yang lebih penting adalah anda perlu berkelakuan yang sama dari awal hingga akhir,” jelasnya.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse