Diserang Fans Misha, Wakil Malaysia Perlu Tepati Masa Kata Paul An Yang Akui Nama Melayu Berikan Trigger !

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse


Disamping itu, Paul tidak lokek memberikan panduan dan nasihat bakal calon wakil dari Malaysia yang sedang giat menghantar pendaftaran sekarang ini.

“Petua saya  untuk peserta MY AWSM ialah anda perlu sentiasa tepat pada masa dan bertanggungjawab. Percaya pada diri sendiri dalam apa yang anda sedang lakukan. Dan juga jika anda tidak pasti tentang sesuatu perkara, rujuklah pada National Director atau juri yang mana  mereka berada di sana untuk mengajar anda,” katanya.

Menyentuh mengenai nama Melayunya iaitu Putra, jejaka kacak ini jujur akan mengekalkan nama berkenaan.

“Menggunakan nama Melayu sepanjang pertandingan, saya merasa orang ramai sangat mesra dengan saya. Saya rasa nama berkenaan juga adalah trigger dan faktor kemenangan saya dalam AWSM Korea.

“Sewaktu saya diserang peminat fanatik Misha tatkala saya mendahului undian atas talian, terus-terang saya berasa sangat teruk dan tertekan tentang serangan itu, kerana pada hari yang sama beberapa orang lain dari Korea juga menulis beberapa komen kebencian di posting Instagram saya. Saya fikir mereka menyerang atau menulis komen kebencian kerana mereka fikir saya adalah pesaing Misha yang terbesar,” jelasnya.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse