- Fesyen Harian
Lelaki Korea terkenal dengan gaya fesyen yang bold dan terkini, sering mengikut trend K-pop atau drama Korea. Mereka gemar memakai baju oversized, pakaian warna pastel, serta aksesori seperti topi dan beg sling. Lelaki Jepun pula lebih cenderung ke arah fesyen minimalis dengan warna neutral seperti hitam, putih, dan kelabu. Gaya mereka lebih simple tapi tetap kemas, dan kadang-kadang tampil dengan elemen tradisional Jepun seperti kimono moden.