- Gaya Rambut
Lelaki Korea biasanya suka mencuba pelbagai gaya rambut, dari rambut lurus, keriting ringan, hingga pewarna rambut yang terang seperti silver, biru, atau blonde. Gaya rambut mereka juga sering kelihatan bertekstur dan terurus, mencerminkan imej K-pop idols. Lelaki Jepun pula sering memilih gaya rambut yang lebih bersahaja dan natural, dengan potongan yang pendek atau sedikit panjang tapi kemas. Warna rambut semula jadi, hitam atau coklat gelap, lebih popular dalam kalangan mereka.