- Personaliti Romantik
Bila bercakap tentang cinta, lelaki Korea cenderung untuk lebih terbuka dalam menunjukkan perasaan mereka. Dalam budaya popular Korea, seperti drama, lelaki sering digambarkan sebagai romantik dan suka melindungi pasangannya dengan aksi manis seperti ‘skinship’ (pegang tangan, peluk). Lelaki Jepun pula, walaupun penyayang, biasanya lebih reserved dan menjaga jarak pada awal hubungan. Mereka lebih berhati-hati dengan ekspresi emosi tetapi bila dah rapat, mereka setia dan penuh perhatian.