Peluang Untuk Sertai Kursus Akademi Perubatan Korea 2021 Bermula Jun Ini!

Bengkel akademi perubatan Korea 2021 (MKA e-Class) bakal dilaksanakan secara atas talian berikutan pendamik COVID-19 yang menyerang dunia. Bengkel ini termasuk program Surgical Skill Education (SSE), Pendidikan Internal Medicine Skill  dan Pendidikan Non-Clinical.


Tempoh latihan ini diadakan selama enam minggu bermula 1 Jun sehingga 16 Julai 2021. Setiap pengajian merangkumi 20 kuliah yang mana setiap kelas diadakan lebih kurang selama satu jam.

Kursus ini dibuka untuk pelajar perubatan, pengamal perubatan dan kakitangan kerajaan yang berkaitan dengan bidang kesihatan.

Peluang masih lagi terbuka dan kepada yang berminat boleh menghantar permohonan sebelum 30 April 2021 ke alamat emel mkaglobal@khidi.or.kr.



Anda juga boleh muat naik borang permohonan di sini. Bengkel ini dianjurkan oleh Institut Industri Kesihatan Korea

.

Kongsikan artikel ini