Makanan Kegemaran Orang Korea, Bawang Putih… Jika Salah Simpan, Bahaya!

Bawang putih, yang sering dipanggil sebagai ‘soul food’ orang Korea, memang dikenali dengan pelbagai manfaat kesihatan. Ia boleh membantu kurangkan jerawat, mencegah selesema, dan flu. Allicin, sejenis bahan sulfur dalam bawang putih yang memberi rasa pedas dan bau khas, juga bagus untuk turunkan tekanan darah, bantu pengaliran darah, dan kurangkan risiko penyakit jantung. Tapi, kalau bawang putih disimpan dengan cara yang salah, ia boleh bagi kesan buruk kepada tubuh kita. Jom kita tengok cara simpan bawang putih dengan betul.

Bawang putih sebenarnya ada pelindung semula jadi—kulitnya mengandungi bahan fenol yang boleh halang pertumbuhan spora kulat. Tapi bila kita buang kulit, perlindungan ini hilang. Semasa proses mengupas, tisu bawang putih juga boleh rosak, dan ini buatkan ia lebih senang ditumbuhi kulat. Sebab tu, bawang putih yang dah dikupas perlukan perhatian lebih masa simpan.

Kalau nampak bawang putih dah ada kulat, jangan potong bahagian yang terkena kulat tu saja dan terus makan. Bawang tu dah rosak, jadi buang semuanya. Malah, lebih baik buang semua bawang yang disimpan bersama-sama sebab walaupun nampak okey, spora kulat mungkin dah merebak.

Makan bawang putih yang dah berkulat boleh menyebabkan terbentuknya sejenis bahan toksik dalam badan yang dipanggil mycotoxin. Bahan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti gangguan pencernaan, rasa mual, sakit perut, dan reaksi alahan.

Bukan tu je, kulat tu sendiri pun berbahaya. Bagi orang yang sihat, termakan sikit mungkin tak ada masalah besar. Tapi untuk orang yang ada penyakit pernafasan macam asma, atau yang sedang jalani rawatan seperti kemoterapi dan imuniti lemah, kulat tu boleh jadi sangat berbahaya.

Masalahnya, kulat pada bawang putih biasanya berwarna putih atau biru, jadi sukar nak nampak sebab warna bawang putih pun cerah. Sebab tu, kalau nak guna bawang putih untuk masakan atau makan mentah, periksa betul-betul dulu.

Jadi, macam mana nak elakkan bawang putih daripada ditumbuhi kulat? Simpan bawang putih di tempat yang sejuk, kering, dan gelap pada suhu bilik. Bawang putih yang belum dikupas boleh disimpan dalam jaring supaya ada pengudaraan yang baik.

Bawang putih yang dah dikupas lebih sensitif kepada kulat, jadi simpan dalam bekas kedap udara yang dialas dengan tisu dapur, dan letakkan dalam peti sejuk pada suhu antara 0 hingga 4°C. Ini cara terbaik untuk pastikan bawang putih yang dikupas tahan lebih lama dan selamat dimakan.

Kongsikan artikel ini