Sewa Serendah RM5 & Free Buat Peniaga Bertuah, KB Bazaar Buka Peluang Meniaga Ramadan Ini!

Sempena menyambut Ramadan pada 13 April 2021, Korea Buzz membuka peluang kepada peniaga untuk menjual secara atas talian. Menariknya, peniaga yang mendaftar di segmen baru Korea Buzz iaitu Korea Buzz Bazaar atau KBB bakal menerima promosi hebat selain review makanan yang iklhas bukan saja dari masyarakat Malaysia tetapi juga dari masyarakat Korea yang menetap di Malaysia.

Tambah istimewa, KBB bukan saja untuk peniaga yang sedia ada tetapi terbuka luas untuk peniaga yang baru saja mahu memulakan perniagaan. Pakej yang disediakan untuk KBB sangat murah dan berpatutan yang mana ada hanya perlu membayar sewa tapak serendah RM5 saja untuk tempoh sebulan.

Malah, anda boleh mendapat sewa tapak secara percuma seandainya perniagaan memenuhi kriteria yang ditetapkan termasuklah harga berpatutan, produk menarik dan mendapat permintaan ramai. Sewa tapak percuma ini hanya terbuka kepada tiga peniaga saja dan ia ditaja penuh oleh Basicmeta.

KBB bukan saja untuk peniaga makanan, sebaliknya ia terbuka kepada apa jua jenis perniagaan yang bersesuaian sepanjang Ramadan. Slot tapak ini adalah terhad dan ia terbuka kepada mereka yang betul-betul memerlukan saja. Bagi peniaga makanan, KBB lebih mencari peniaga makanan Korea yang halal yang mana kebiasaannya menu dari Korea menjadi pilihan juadah berbuka puasa.

Selain promosi tentang produk, peniaga terlibat juga boleh menguruskan sendiri perniagaan atas talian Whatsapp yang mudah. Anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan dan secara terus anda boleh dihubungi oleh pelanggan anda. Peniaga #KBB boleh membuat urusniaga di rumah saja atau tempat yang adan selesa tanpa perlu mempunyai lokasi khusus.

Berikut adalah pakej harga yang disediakan untuk peniaga di KBB

1. Menyenaraikan perniagaan saya di Korea Buzz Bazaar (FREE)

2. Diterbitkan artikel khusus mengenai perniagaan anda dalam ruangan Korea Buzz Bazaar (RM300)

3. Promosi di laman sosial Korea Buzz untuk bulan Ramadhan (RM300)

4. Memulakan perniagaan atas talian menggunakan Onwhats.App (RM5 sebulan, jika belum ada)

Anda boleh memilih kesemua pakej berikut atau pakej yang dicadangkan. Anda digalakkan memilih dua pakej yang disenaraikan yang mana Pakej 1+ 4 adalah pakej yang paling murah.

Jika anda berminat, sila isi borang yang disediakan ini. Pihak #KBB akan menghubungi anda untuk urusan lanjut. Semoga KBB boleh membantu perniagaan anda terus maju bermula dari Ramadan sehingga bulan selanjutnya. Jangan lupa kongsi #KBB kepada yang memerlukan. #KBB Bakal bermula sehari sebelum menjelang Ramadan. Jadi, apa tunggu lagi, daftarlah sekarang!

Pendaftaran Korea Buzz Bazaar
Alamat Perniagaan / Rumah *
Alamat Perniagaan / Rumah
Bandar
Negeri
Poskod
(untuk perhubungan melalui Whatsapp)
Saya berminat untuk: *
Saya mempunyai perniagaan atas talian: *
Persetujuan

Kongsikan artikel ini